Ahad, 1 Februari 2009

PENGENALAN

1. Sekolah Menengah Sri Kukup dibuka pada tahun 1965.

2. Ia merupakan sekolah menengah yang terletak di selatan Daerah Pontian dan sekolah
menengah paling selatan di Benua Asia kerana berhampiran dengan Tanjung Piai .

3. Puan Hajjah Habsah Binti Haji Ibrahim merupakan pengetua sekolah ini sejak Julai 2001 hingga kini.

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup Cemerlang 2010

MISI

Meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan sahsiah dan nilai murni menerusi pengurusan dan pentadbiran berkualiti,pengajaran dan pembelajaran yang
efektif serta persekitaran sekolah yang kondusif.

MATLAMAT

Melahirkan individu yang cemerlang dalam akademik,kokurikulum dan sahsiah serta penyumbang ke arah pembangunan Negara.

KELAS RANCANGAN KHAS SMK SRI KUKUP

PENGENALAN

KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
SMK SRI KUKUP

1.Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK Sri Kukup
mula dibuka pada tahu 2008.

2.Oleh itu Kelas Rancangan Khas (KRK) di
sekolah ini hanya terdiri daripada Tingkatan Satu
dan Dua sahaja.

3.Jumlah pelajar terdiri daripada 10 orang sahaja.
3 orang pelajar di Tingkatan 2 dan 7 orang
pelajar di Tingkatan 1.

4.Pelajar-pelajar lain dalam kelas tersebut dianggap
pelajar yang menumpang di kelas KRK kerana
tidak menepati syarat sebangai pelajar KRK.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

1. Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) oleh Tuan Pengetua SMK Sri Kukup kepada
Jawatankuasa Pengurusan KRK sekolah. (Tarikh:18 April 2008)

• Menerangkan objektif penubuhan Kelas Rancangan Khas (KRK)
• Peranan Jawatan kuasa Pengurusan Kelas Rancangan Khas (KRK)
• Program-program Kelas Rancangan Khas(KRK)
• Matlamat Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri

2. Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) kepada pelajar kelas yang berkenaan
(Tarikh:21April 2008)

• Menerangkan tentang maksud Kelas Rancangan Khas (KRK)
• Matlamat yang perlu dicapai pelajar
• Peranan pelajar untuk mencapai matlamat
• Aktiviti /program Kelas Rancangan Khas(KRK)

3. Ceramah Strategi Menghadapi Peperiksaan Setengah Tahun
(05 Mei 2008) dan (12 Mei 2008)

• Strategi sebelum, semasa dan selepas peperiksan

4. Pengurusan Kelas

• Menampal carta-carta organisasi kelas, jadual waktu kelas, jadual
bertugas dan maklmat mata pelajaran

5. Post Mortem Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun
(01 Julai 2008)

• Analisis, mengenalpasti kelemahan, cadangan mengatasi dan program
akan datang

6. Majlis Akujanji dan Pelancaran Program Mentor Mentee Pelajar KRK (06 Ogos 2008)

• Akujanji pelajar bersama ibu bapa dan
• Pelancaran Program Mentor Mentee KRK